Monday, 6 January 2014


“PERBEZAAN DIANTARA PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI”


PERTUMBUHAN EKONOMI

Pertumbuhan ekonomi adalah bermaksud peningkatan dalam keluaran (pendapatan) negara atau keluaran (pendapatan) negara per-kapita. [pendapatan perkapita Malaysia 2012 : US$ 9820, Pendapatan Negara 2012 : US$ 305 billion] (sumber : Worldbank)

Ekonomi negara yang meningkat melalui pengeluaran dan perhidmatan akan memberi kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi maka situasi tersebut adalah negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi. Menurut sumber daripada jabatan perangkaan Malaysia, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2012 adalah 5.6 %, berlaku peningkatan sebanyak 0.5 % berbanding tahun 2011 iaitu 5.1 %. Dalam Model Ekonomi Baru (MEB), objektif utama adalah ke arah mewujudkan sebuah negara yang berpendapatan tinggi iaitu pada kadar US$ 15,000 pada tahun 2020. Langkah ini merupakan satu asas kepada syarat sebuah negara yang maju, jika dibandingkan pendapatan perkapita 2102 dengan negara jiran kita singapura jauh menunjukkan perbezaan. Pendapatan Perkapita singapura pada tahun 2012 adalah US$ 47,210 berbanding negara Malaysia, US$ 9,820 (sumber: worldbank).


PEMBANGUNAN EKONOMI

Pembangunan ekonomi meliputi skop yang luas. Hal ini menunjukkan bahawa ia bukan sahaja merujuk kepada peningkatan pendapatan negara dan pendapatan perkapita sahaja tetapi turut mengambil kira tentang perubahan struktur ekonomi. Hal ini jelas menunjukkan perbezaan bahawa pembangunan ekonomi mengambil berat tentang perubahan struktur ekonomi tetapi pertumbuhan ekonomi tidak. Perubahan struktur ekonomi ini merujuk kepada suatu bidang bertukar kepada bidang yang lain, contohnya pada pasca pertama kemerdekaan (1957-1970), negara banyak menumpukan kepada sektor pertama iaitu pertanian, pembalakan dan perlombongan berubah kepada sektor kedua iaitu pembuatan dan perkilangan. 

Hal ini tidak bermakna negara terus tidak memberi penekanan kepada sektor pertama, tetapi sektor kedua diberikan lebih penekanan kerana sektor ini mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pendapatan negara. Bermula pada tahun 1980, negara telah melaksanakan pelbagai dasar untuk meningkatkan bidang perindustrian  melalui dasar perindustrian negra, dasar perindustrian berat dan lain-lain.

Secara kesimpulannya, pembangunan ekonomi ini adalah satu usaha sesebuah negara untuk meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan perkapita melalui cara penambaihbaikan pengeluaran dan perkhidmatan setiap tahun seperti menambah modal, memperbanyakan infrastruktur, manggalakan kemasukan pelaburan asing, penambahan masyarakat berpengetahuan, masyarakat yang berketerampilan dan menggalakan pemindahan teknologi dan pelbagai industri.

No comments:

Post a Comment

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41 Salam Sejahtera. Tuan/Puan Setelah sekian lama meninggalkan blog. Kali ini saya kembali untuk ...