Sistem berparlimen dan berpresiden merupakan satu sistem yang
diamalkan di Negara-negara demokasi. Demokrasi berasal daripada perkataan
yunani(greek) iaitu demos yang bermaksud rakyat dan kratos yang bermaksud
kekuasaan (Muhammad Asrie, 2009). Rakyat dan kuasa mempunyai kaitan antara satu
sama lain iaitu kuasa memilih kerajaan terletak di kuasa rakyat. Hal ini
menunjjukan kuasa mutlak untuk menentukan kerajaan terletak di tangan rakyat.
Demokrasi juga dikenali sebagai kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Demokrasi terbahagi kepada dua iaitu sistem berpresiden dan sistem
berparlimen.
Sistem berpresiden merujuk kepada Negara yang kebiasaanya dipimpin
oleh seorang presiden sebagai ketua atau
ketua kerajaan di sesebuah negara seperti di Amerika Syarikat, Indonesia, Iran
dan lain-lain. Presiden akan dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya bagi menentukan kerajaan yang akan memerintah negara mereka. presiden yang menang dalam pilihan raya akan membentuk sebuah kabinet untuk menjalankan tugas-tugas tdbir urus negara( badan eksekutif). Melalui sistem berpresiden juga, kita dapat lihat doktrin pegasingan kuasa yang bersih dan telus. Hal ini bermakna, tiga komponen utama (eksekutif, legislatif dan judisari) akan menjalankan tugas masing-masing tanpa mencampuri urusan kaitan antara ketiga-tiga badan ini. Sebagai contoh, perdana menteri iaitu ketua eksekutif akan menjalankan tugas dan mempunyai kuasa dalam urusan pentadbiran. Beliau tidak boleh mencampuri urusan dalam membuat dan menggubal perundangan. Proses membuat dan menggubal undang-undang dijalankan oleh kongres yang terdiri daripada dewan senat dan dewan perwakilan. Ahli dewan senat dan perwakilan juga dipilih melalui pilihan raya.
Manakala berparlimen pula kebiasaannya dipimpin oleh seorang
perdana menteri sebagai ketua kerajaan. Kebanyakkan Negara sistem berparlimen
juga mengamalkan sistem raja berperlembagaan dalam masa yang sama seperti di
Malaysia dan United Kingdom.Kerajaan akan dibentuk setelah mana-mana parti yang memenangi kerusi 2/3 kerusi dalam dewan parlimen dalam pilihan raya. Perdana menteri akan dilantik diantara ahli-ahli dalam parlimen. kebiasaannya pengerusi parti akan dilantik sebagai perdana menteri seperti di Malaysia, pengerusi parti barisan nasional iaitu parti yang memenangi dalam pilihan raya dilantik sebagai perdana menteri. Di negara ini, raja atau ratu negara mereka akan
menjadi simbolik dan ketua negara. Sistem berparlimen pula, tidak mengamalkan doktrin pengasingan kuasa secara telus. Hal ini kerana, perdana menteri juga mempunyai kuasa dalam membuat dan menggubal undang-undang. Kabinet yang dibentuk yang terdiri daripada menteri menjalankan dua tugas dalam eksekutif dan perundangan. Dalam konteks mereka yang membuat undang-undang, mereka juga yang akan menjalankan undang-undang tersebut. Hal ini boleh menimbulkan konflik kerana mereka boleh membuat undang-undang yang berat sebelah atau undang-undang yang menyebelahi mereka.
No comments:
Post a Comment