“PERBEZAAN DIANTARA PERTUMBUHAN
DAN PEMBANGUNAN EKONOMI”
PERTUMBUHAN
EKONOMI
Pertumbuhan
ekonomi adalah bermaksud peningkatan dalam keluaran (pendapatan) negara atau
keluaran (pendapatan) negara per-kapita. [pendapatan perkapita Malaysia 2012 :
US$ 9820, Pendapatan Negara 2012 : US$ 305 billion] (sumber : Worldbank)
Ekonomi
negara yang meningkat melalui pengeluaran dan perhidmatan akan memberi kesan
yang positif kepada pertumbuhan ekonomi maka situasi tersebut adalah negara
sedang mengalami pertumbuhan ekonomi. Menurut sumber daripada jabatan
perangkaan Malaysia, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2012 adalah 5.6 %, berlaku
peningkatan sebanyak 0.5 % berbanding tahun 2011 iaitu 5.1 %. Dalam Model
Ekonomi Baru (MEB), objektif utama adalah ke arah mewujudkan sebuah negara yang
berpendapatan tinggi iaitu pada kadar US$ 15,000 pada tahun 2020. Langkah ini
merupakan satu asas kepada syarat sebuah negara yang maju, jika dibandingkan pendapatan
perkapita 2102 dengan negara jiran kita singapura jauh menunjukkan perbezaan.
Pendapatan Perkapita singapura pada tahun 2012 adalah US$ 47,210 berbanding
negara Malaysia, US$ 9,820 (sumber: worldbank).
PEMBANGUNAN
EKONOMI
Pembangunan
ekonomi meliputi skop yang luas. Hal ini menunjukkan bahawa ia bukan sahaja
merujuk kepada peningkatan pendapatan negara dan pendapatan perkapita sahaja tetapi turut mengambil kira tentang
perubahan struktur ekonomi. Hal ini jelas menunjukkan perbezaan bahawa
pembangunan ekonomi mengambil berat tentang perubahan struktur ekonomi tetapi
pertumbuhan ekonomi tidak. Perubahan struktur ekonomi ini merujuk kepada suatu
bidang bertukar kepada bidang yang lain, contohnya pada pasca pertama
kemerdekaan (1957-1970), negara banyak menumpukan kepada sektor pertama iaitu
pertanian, pembalakan dan perlombongan berubah kepada sektor kedua iaitu
pembuatan dan perkilangan.
Hal ini tidak bermakna negara terus tidak memberi
penekanan kepada sektor pertama, tetapi sektor kedua diberikan lebih penekanan
kerana sektor ini mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pendapatan negara.
Bermula pada tahun 1980, negara telah melaksanakan pelbagai dasar untuk
meningkatkan bidang perindustrian melalui
dasar perindustrian negra, dasar perindustrian berat dan lain-lain.
Secara
kesimpulannya, pembangunan ekonomi ini adalah satu usaha sesebuah negara untuk
meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan perkapita melalui cara
penambaihbaikan pengeluaran dan perkhidmatan setiap tahun seperti menambah
modal, memperbanyakan infrastruktur, manggalakan kemasukan pelaburan asing,
penambahan masyarakat berpengetahuan, masyarakat yang berketerampilan dan
menggalakan pemindahan teknologi dan pelbagai industri.