Tuesday, 4 March 2014





KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI 
UUMCOLGIS


Syukur diucapkan kepada Allah SWT diatas kejayaan pihak pusat pengajian undang-undang, kerajaan dan pengajian antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia dalam melaksanakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bagi persatuan yang bernaung UUM COLGIS. Kursus ini diadakan pada 19-21 Februari 2014 yang berlangsung di Hotel Swiss Inn Sungai Petani selama 3 hari 2 malam.
KPO ini diadakan pada tiap-tiap tahun bagi membantu persatuan-persatuan yang bernaung dibawah COLGIS untuk merancang program tahunan mereka. sebanyak 8 Persatuan yang
 bernaung di bawah UUM COLGIS iaitu :


1)         Persatuan Pengurusan Awam,
2)         Persatuan Undang-Undang,
3)         Persatuan Pengurusan Pembangunan,
4)         Persatuan Pelancongan,
5)          Persatuan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa,
6)         Persatuan Hubungan Antarabangsa,
7)         Persatuan Hospitaliti,
8)         Persatuan Sains Politik.

Seramai 72 peserta terlibat di dalam kursus ini, pihak UUMCOLGIS telah meletakkan syarat kepada 8 buah persatuan supaya menghantar 10 orang wakil daripada setiap persatuan.


Pada 19hb Februari 2014, kami semua bertolak dari Universiti Utara Malaysia pada jam 
10 pagi dan tiba di Hotel penginapan pada jam 2 petang. Kami dikumpulkan di dalam satu dewan sederhana bagi pihak UUM COLGIS menerangkan serba sedikit aktiviti yang 
berlangsung selama 3 hari itu. Selain itu, program Ice Breaking juga dijalankan bagi merapatkan lagi hubungan antara para peserta yang bernaung di bawah satu pusat pengajian yang sama. 
Acara ini dirasmikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COLGIS, 
Dr. Muhammad Fuad Othman.


Pada 20 Februari 2014 pula, kami di beri taklimat dan diberi masa untuk merancang pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun 2014 daripada setiap persatuan. Penglibatan adalah 
terdiri daripada setiap ahli dalam persatuan dan dibantu oleh seorang penasihat yang terdiri daripada pusat pengajian kos masing-masing dan penasihat telah ditetapkan oleh ihak UUM COLGIS
Peranan penasihat  digunakan dengan sebaik mungkin oleh setiap persatuan bagi meminta sebarang pendapat dan nasihat dalam perancangan setiap program yang bakal dilaksanakan. Pihak 
UUM COLGIS telah menetapkan beberapa syarat untuk setiap persatuan dalam merancang setiap progam. Setiap persatuan  diwajibkan untuk melaksanakan 10 program berunsur akademik dan 
10 program berunsur kemahiran insaniah. Sesi perancangan program sepanjang 2014 tamat pada waktu petang. Pada malam pula, kami didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan 
dengan hal-hal kewangan di dalam kertas kerja seperti bajet kewangan, tajaan wang dari pihak luar, cara menuntut bayaran dan sebagainya. Selepas taklimat kewangan tamat, kami semua 
disajikan dengan BBQ oleh pihak Hotel Swiss Inn, Sungai Petani.


Pada pagi 21 Februari 2014, semua persatuan perlu membentangkan hasil perancangan program mereka yang dibuat dan dibincang pada 20 feb 2014. Program ini berakhir dengan jayanya  dan
 persamian penutup dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 
Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim.


Setinggi perhargaan dan terima kasih kepada pihak UUM COLGIS iaitu En. Budiman, En. Naim dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Pengurusan Organisasi COLGIS.
 Tidak dilupakan juga kepada para peserta atau wakil daripada persatuan-persatuan 
dibawah UUM COLGIS yang bersama-sama dalam menjayakan aktiviti tahunan ini.


Sebuah ucapan perhargaan yang tinggi juga diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim kerana sudi hadir walaupun sibuk dengan pelbagai kerja dan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COLGIS, Dr. Muhammad Fuad Othman yang terlibat dalam menjayakan program ini. 



Ahli Persatuan Pengurusan Awam bersama TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM (Tengah), Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COLGIS (Dua dari kiri), dan  Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COLGIS (Empat dari kiri).



Bergambar bersama penasihat Persatuan Pengurusan Awam UUM, Dr. Rozita Bt Abdul Mutalib (tengah).

Monday, 6 January 2014


“PERBEZAAN DIANTARA PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI”


PERTUMBUHAN EKONOMI

Pertumbuhan ekonomi adalah bermaksud peningkatan dalam keluaran (pendapatan) negara atau keluaran (pendapatan) negara per-kapita. [pendapatan perkapita Malaysia 2012 : US$ 9820, Pendapatan Negara 2012 : US$ 305 billion] (sumber : Worldbank)

Ekonomi negara yang meningkat melalui pengeluaran dan perhidmatan akan memberi kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi maka situasi tersebut adalah negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi. Menurut sumber daripada jabatan perangkaan Malaysia, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2012 adalah 5.6 %, berlaku peningkatan sebanyak 0.5 % berbanding tahun 2011 iaitu 5.1 %. Dalam Model Ekonomi Baru (MEB), objektif utama adalah ke arah mewujudkan sebuah negara yang berpendapatan tinggi iaitu pada kadar US$ 15,000 pada tahun 2020. Langkah ini merupakan satu asas kepada syarat sebuah negara yang maju, jika dibandingkan pendapatan perkapita 2102 dengan negara jiran kita singapura jauh menunjukkan perbezaan. Pendapatan Perkapita singapura pada tahun 2012 adalah US$ 47,210 berbanding negara Malaysia, US$ 9,820 (sumber: worldbank).


PEMBANGUNAN EKONOMI

Pembangunan ekonomi meliputi skop yang luas. Hal ini menunjukkan bahawa ia bukan sahaja merujuk kepada peningkatan pendapatan negara dan pendapatan perkapita sahaja tetapi turut mengambil kira tentang perubahan struktur ekonomi. Hal ini jelas menunjukkan perbezaan bahawa pembangunan ekonomi mengambil berat tentang perubahan struktur ekonomi tetapi pertumbuhan ekonomi tidak. Perubahan struktur ekonomi ini merujuk kepada suatu bidang bertukar kepada bidang yang lain, contohnya pada pasca pertama kemerdekaan (1957-1970), negara banyak menumpukan kepada sektor pertama iaitu pertanian, pembalakan dan perlombongan berubah kepada sektor kedua iaitu pembuatan dan perkilangan. 

Hal ini tidak bermakna negara terus tidak memberi penekanan kepada sektor pertama, tetapi sektor kedua diberikan lebih penekanan kerana sektor ini mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pendapatan negara. Bermula pada tahun 1980, negara telah melaksanakan pelbagai dasar untuk meningkatkan bidang perindustrian  melalui dasar perindustrian negra, dasar perindustrian berat dan lain-lain.

Secara kesimpulannya, pembangunan ekonomi ini adalah satu usaha sesebuah negara untuk meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan perkapita melalui cara penambaihbaikan pengeluaran dan perkhidmatan setiap tahun seperti menambah modal, memperbanyakan infrastruktur, manggalakan kemasukan pelaburan asing, penambahan masyarakat berpengetahuan, masyarakat yang berketerampilan dan menggalakan pemindahan teknologi dan pelbagai industri.

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41 Salam Sejahtera. Tuan/Puan Setelah sekian lama meninggalkan blog. Kali ini saya kembali untuk ...