KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI
UUMCOLGIS
Syukur diucapkan kepada Allah SWT diatas kejayaan pihak pusat pengajian undang-undang, kerajaan dan pengajian antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia dalam melaksanakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bagi persatuan yang bernaung UUM COLGIS. Kursus ini diadakan pada 19-21 Februari 2014 yang berlangsung di Hotel Swiss Inn Sungai Petani selama 3 hari 2 malam.
KPO ini diadakan pada tiap-tiap tahun bagi membantu persatuan-persatuan yang bernaung dibawah COLGIS untuk merancang program tahunan mereka. sebanyak 8 Persatuan yang
bernaung di bawah UUM COLGIS iaitu :
1) Persatuan Pengurusan Awam,
2) Persatuan Undang-Undang,
3) Persatuan Pengurusan Pembangunan,
4) Persatuan Pelancongan,
5) Persatuan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa,
6) Persatuan Hubungan Antarabangsa,
7) Persatuan Hospitaliti,
8) Persatuan Sains Politik.
Seramai 72 peserta terlibat di dalam kursus ini, pihak UUMCOLGIS telah meletakkan syarat kepada 8 buah persatuan supaya menghantar 10 orang wakil daripada setiap persatuan.
Pada 19hb Februari 2014, kami semua bertolak dari Universiti Utara Malaysia pada jam
10 pagi dan tiba di Hotel penginapan pada jam 2 petang. Kami dikumpulkan di dalam satu dewan sederhana bagi pihak UUM COLGIS menerangkan serba sedikit aktiviti yang
berlangsung selama 3 hari itu. Selain itu, program Ice Breaking juga dijalankan bagi merapatkan lagi hubungan antara para peserta yang bernaung di bawah satu pusat pengajian yang sama.
Acara ini dirasmikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COLGIS,
Dr. Muhammad Fuad Othman.
Pada 20 Februari 2014 pula, kami di beri taklimat dan diberi masa untuk merancang pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun 2014 daripada setiap persatuan. Penglibatan adalah
terdiri daripada setiap ahli dalam persatuan dan dibantu oleh seorang penasihat yang terdiri daripada pusat pengajian kos masing-masing dan penasihat telah ditetapkan oleh ihak UUM COLGIS.
Peranan penasihat digunakan dengan sebaik mungkin oleh setiap persatuan bagi meminta sebarang pendapat dan nasihat dalam perancangan setiap program yang bakal dilaksanakan. Pihak
UUM COLGIS telah menetapkan beberapa syarat untuk setiap persatuan dalam merancang setiap progam. Setiap persatuan diwajibkan untuk melaksanakan 10 program berunsur akademik dan
10 program berunsur kemahiran insaniah. Sesi perancangan program sepanjang 2014 tamat pada waktu petang. Pada malam pula, kami didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan
dengan hal-hal kewangan di dalam kertas kerja seperti bajet kewangan, tajaan wang dari pihak luar, cara menuntut bayaran dan sebagainya. Selepas taklimat kewangan tamat, kami semua
disajikan dengan BBQ oleh pihak Hotel Swiss Inn, Sungai Petani.
Pada pagi 21 Februari 2014, semua persatuan perlu membentangkan hasil perancangan program mereka yang dibuat dan dibincang pada 20 feb 2014. Program ini berakhir dengan jayanya dan
persamian penutup dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim.
Setinggi perhargaan dan terima kasih kepada pihak UUM COLGIS iaitu En. Budiman, En. Naim dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Pengurusan Organisasi COLGIS.
Tidak dilupakan juga kepada para peserta atau wakil daripada persatuan-persatuan
dibawah UUM COLGIS yang bersama-sama dalam menjayakan aktiviti tahunan ini.
Sebuah ucapan perhargaan yang tinggi juga diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim kerana sudi hadir walaupun sibuk dengan pelbagai kerja dan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COLGIS, Dr. Muhammad Fuad Othman yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Ahli Persatuan Pengurusan Awam bersama TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM (Tengah), Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COLGIS (Dua dari kiri), dan Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COLGIS (Empat dari kiri).
Bergambar bersama penasihat Persatuan Pengurusan Awam UUM, Dr. Rozita Bt Abdul Mutalib (tengah).

