Saturday 11 May 2019

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41


Salam Sejahtera.

Tuan/Puan

Setelah sekian lama meninggalkan blog. Kali ini saya kembali untuk berkongsi pengalaman-pengalaman yang saya lalui sebelum ini berkaitan PTD.

Isu untuk menjadi PTD ini sekarang hangat dikhabarkan di media-media massa, mana tidaknya kerana pada 16 Mei 2019 ini, calon-calon yang layak akan menduduki peperiksaan atas talian yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Untuk pengetahuan rakan-rakan, sebelum ini saya telah menduduki peperiksaan ini bermula tahun 2016. Syukur kepada Ilahi kerana saya berjaya kedua-dua ujian atas talian yang pernah saya lalui. 

Pada tahun ini, ada satu perbezaan daripada ujian-ujian atas talian yang pernah saya lalui iaitu seksyen C berkaitan dengan pemahaman Bahasa Inggeris. Sebelum ini, saya hanya menjawab bagi Ujian atas talian ini Hanya merangkumi dua seksyen sahaja iaitu :

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Penyelesaian Masalah.

Namun, pada tahun ini iaitu 2019, pihak SPA telah memperkenalkan satu lagi seksyen iaitu Seksyen C. Seksyen C ini adalah bahagian yang menguji kefahaman Bahasa Inggeris yang ada pada calon. Hal ini kerana, calon-calon mempunyai keupayaan memahami teks Bahasa Inggeris yang diberikan dan menjawab dengan betul. 

Sebagai contoh soalan.

Passage 1: Read the article and choose the best answers.

Mass Rapid Transit, better known with its acronym “MRT” is a planned 3-line mass rapid transit system in the Greater Kuala Lumpur in Malaysia. It ensvisages “a wheel and spoke” concept comprising two northwest-southeast radial lines and one circle line looping around Kuala Lumpur. The MRT lines, when completed will be operated as componentsof the Klang Valley Intergrated Transit System. The MRT will serve to intergrate the existing rail networks and alleviate the serve traffic congestion in the greater Kuala Lumpur Metropolitan area. The proposal was announced in June 2010 and was approved by the government of Malaysia in December 2010. Contrusction of the first line commenced in July 2011.

The Question : Refer to passage above, The Mass Rapid Transit Project was approved by the government of Malaysia in……

  1. July 2011
  2. December 2010
  3. October 2010
  4. June 2010

Berikut adalah kemungkinan contoh soalan seksyen C. Oleh itu, bagi seksyen ini seseorang itu hendaklah mempunyai kefahaman Bahasa Inggeris yang baik bagi menjawab soalan ini. Walaubagaimanapun, soalan diatas hanyalah contoh, mungkin soalan lebih susah daripada itu.

Seterusnya, saya ingin berkongsi bagi seksyen A iaitu kemahiran seseorang dalam Pengetahuan Am. Dalam bahagian ini, calon hendaklah mempunyai pengetahuan am semasa dan sejarah yang berlaku di dalam dan luar negara. Antara pengetahuan am adalah berkaitan dengan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan tidak kira sama ada dasar luar atau dalam, jenis-jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat, sejarah-sejarah penting yang berlaku di dalam negara dan lain-lain. 

Bagi seorang yang suka membaca sejarah dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa berita dalam dan luar negara adalah merupakan suatu kelebihan yang baik untuk calon menjawab bahagian ini. Hal ini kerana, soalan yang berbentuk aneka pilihan ini memberikan kelebihan kepada calon yang Hanya melihat sahaja jawapan dan mendapat menjawab soalan tersebut dengan pantas.

Sebagai contoh

Pengetahuan semasa.

Pada Mac 2019, pihak kerajaan telah menerima jaminan Bank sebuah negara bagi kerajaan menerbitkan Bon. Hal tersebut adalah hasil perbincangan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika lawatan rasmi beliau ke negara tersebut. Oleh hal demikian, apakah nama Bon tersebut?

  1. Bon Panda
  2. Bon Samurai
  3. Bon Matahari Terbit
  4. Bon Merah

-sekiranya calon seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa, beliau boleh menjawab soalan dengan mudah. Hanya dengan melihat jawapan anda boleh menjawab Bon Samurai. Bagi seorang yang tidak mengikuti perkembangan semasa, calon tersebut tidak akan dapat menjawab soalan tersebut walaupun ia dilihat mudah bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa.

Contoh seterusnya adalah soalan yang berkaitan dengan sejarah

Tanah Melayu pernah diisytiharkan darurat pada suatu ketika dahulu akibat daripada ancaman pihak Komunis. Oleh itu, bilakah Tanah Melayu diisytiharkan darurat?

  1. 12 Jun 1948
  2. 16 Jun 1948
  3. 17 Jun 1948
  4. 23 Julai 1948

Bahagian ini, kelebihan kepada mereka yang mempunyai kemahiran dalam sejarah dan mempunyai kemahiran mengingat yang baik. Hal ini kerana, anda hendaklah mengingat tarikh-tarikh yang penting dalam peristiwa-peristiwa di Malaysia dan luar Malaysia. Merujuk kepada soalan diatas, secara amnya ramai mengetahui Bahawa Tanah Melayu telah diisytiharkan darurat pada 1948, namun ramai tidak tahu bilakah hari dan bulan pengisytiharan darurat. Kemahiran secara terperinci ini bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi mesti ada calon yang mahir tentang sejarah mengetahui jawapan yang tepat dalam hal ini. 

Soalan lain adalah berkaitan tokoh-tokoh di Malaysia.

Sebagai contoh:

Siapakah Timbalan Perdana Menteri keempat?

  1. YB Dato Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Tun Ghaffar Baba
  3. Ybhg Tun Musa Hitam
  4. Ybhg Tun Dr Mahahir Mohamed

Kemahiran ini pula berkaitan dengan tokoh-tokoh yang telah memberi khidmat dan jasa kepada negara pada suatu ketika dahulu. Sekiranya calon memahami soalan ini dan mengikuti perkembangan pentadbiran kerajaan Malaysia semejak Merdeka, bukanlah masalah kerana ia mudah, namun bagi calon yang tidak memahami kehendak soalan, calon akan keliru dengan soalan kerana menganggap Perdana Menteri keempat adalah memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Keempat. 

Seterusnya berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Sebagai contoh:

Perdana Menteri kedua, YBhg Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menyusun semula kedudukan sosioekonomi kaum dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Bilakah DEB diperkenalkan?

  1. 1970
  2. 1971
  3. 1972
  4. 1973

Bahagian ini pula kelebihan kepada mereka yang mengenali dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Bahagian ini, calon-calon hendaklah mempunyai pengetahuan dasar-dasar kerajaan. Cabaran utama adalah mengingati dasar-dasar ini adalah terlalu banyak dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Bagi seksyen B pula, saya berkongsi pada entri seterusnya. 

Sekian terima kasih.



Penafian: sebarang maklumat yang terkandung dalam entri ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat dalam entri ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat berkenaan harta intelek yang komprehensif atau lengkap. Blog ini tidak bermaksud untuk memberikan sebarang nasihat sama ada yang profesional daripada pelbagai sudut. Oleh hal demikian, Pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.



Tuesday 4 March 2014





KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI 
UUMCOLGIS


Syukur diucapkan kepada Allah SWT diatas kejayaan pihak pusat pengajian undang-undang, kerajaan dan pengajian antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia dalam melaksanakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bagi persatuan yang bernaung UUM COLGIS. Kursus ini diadakan pada 19-21 Februari 2014 yang berlangsung di Hotel Swiss Inn Sungai Petani selama 3 hari 2 malam.
KPO ini diadakan pada tiap-tiap tahun bagi membantu persatuan-persatuan yang bernaung dibawah COLGIS untuk merancang program tahunan mereka. sebanyak 8 Persatuan yang
 bernaung di bawah UUM COLGIS iaitu :


1)         Persatuan Pengurusan Awam,
2)         Persatuan Undang-Undang,
3)         Persatuan Pengurusan Pembangunan,
4)         Persatuan Pelancongan,
5)          Persatuan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa,
6)         Persatuan Hubungan Antarabangsa,
7)         Persatuan Hospitaliti,
8)         Persatuan Sains Politik.

Seramai 72 peserta terlibat di dalam kursus ini, pihak UUMCOLGIS telah meletakkan syarat kepada 8 buah persatuan supaya menghantar 10 orang wakil daripada setiap persatuan.


Pada 19hb Februari 2014, kami semua bertolak dari Universiti Utara Malaysia pada jam 
10 pagi dan tiba di Hotel penginapan pada jam 2 petang. Kami dikumpulkan di dalam satu dewan sederhana bagi pihak UUM COLGIS menerangkan serba sedikit aktiviti yang 
berlangsung selama 3 hari itu. Selain itu, program Ice Breaking juga dijalankan bagi merapatkan lagi hubungan antara para peserta yang bernaung di bawah satu pusat pengajian yang sama. 
Acara ini dirasmikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COLGIS, 
Dr. Muhammad Fuad Othman.


Pada 20 Februari 2014 pula, kami di beri taklimat dan diberi masa untuk merancang pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun 2014 daripada setiap persatuan. Penglibatan adalah 
terdiri daripada setiap ahli dalam persatuan dan dibantu oleh seorang penasihat yang terdiri daripada pusat pengajian kos masing-masing dan penasihat telah ditetapkan oleh ihak UUM COLGIS
Peranan penasihat  digunakan dengan sebaik mungkin oleh setiap persatuan bagi meminta sebarang pendapat dan nasihat dalam perancangan setiap program yang bakal dilaksanakan. Pihak 
UUM COLGIS telah menetapkan beberapa syarat untuk setiap persatuan dalam merancang setiap progam. Setiap persatuan  diwajibkan untuk melaksanakan 10 program berunsur akademik dan 
10 program berunsur kemahiran insaniah. Sesi perancangan program sepanjang 2014 tamat pada waktu petang. Pada malam pula, kami didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan 
dengan hal-hal kewangan di dalam kertas kerja seperti bajet kewangan, tajaan wang dari pihak luar, cara menuntut bayaran dan sebagainya. Selepas taklimat kewangan tamat, kami semua 
disajikan dengan BBQ oleh pihak Hotel Swiss Inn, Sungai Petani.


Pada pagi 21 Februari 2014, semua persatuan perlu membentangkan hasil perancangan program mereka yang dibuat dan dibincang pada 20 feb 2014. Program ini berakhir dengan jayanya  dan
 persamian penutup dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 
Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim.


Setinggi perhargaan dan terima kasih kepada pihak UUM COLGIS iaitu En. Budiman, En. Naim dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Pengurusan Organisasi COLGIS.
 Tidak dilupakan juga kepada para peserta atau wakil daripada persatuan-persatuan 
dibawah UUM COLGIS yang bersama-sama dalam menjayakan aktiviti tahunan ini.


Sebuah ucapan perhargaan yang tinggi juga diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim kerana sudi hadir walaupun sibuk dengan pelbagai kerja dan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COLGIS, Dr. Muhammad Fuad Othman yang terlibat dalam menjayakan program ini. 



Ahli Persatuan Pengurusan Awam bersama TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM (Tengah), Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COLGIS (Dua dari kiri), dan  Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COLGIS (Empat dari kiri).



Bergambar bersama penasihat Persatuan Pengurusan Awam UUM, Dr. Rozita Bt Abdul Mutalib (tengah).

Monday 6 January 2014


“PERBEZAAN DIANTARA PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI”


PERTUMBUHAN EKONOMI

Pertumbuhan ekonomi adalah bermaksud peningkatan dalam keluaran (pendapatan) negara atau keluaran (pendapatan) negara per-kapita. [pendapatan perkapita Malaysia 2012 : US$ 9820, Pendapatan Negara 2012 : US$ 305 billion] (sumber : Worldbank)

Ekonomi negara yang meningkat melalui pengeluaran dan perhidmatan akan memberi kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi maka situasi tersebut adalah negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi. Menurut sumber daripada jabatan perangkaan Malaysia, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2012 adalah 5.6 %, berlaku peningkatan sebanyak 0.5 % berbanding tahun 2011 iaitu 5.1 %. Dalam Model Ekonomi Baru (MEB), objektif utama adalah ke arah mewujudkan sebuah negara yang berpendapatan tinggi iaitu pada kadar US$ 15,000 pada tahun 2020. Langkah ini merupakan satu asas kepada syarat sebuah negara yang maju, jika dibandingkan pendapatan perkapita 2102 dengan negara jiran kita singapura jauh menunjukkan perbezaan. Pendapatan Perkapita singapura pada tahun 2012 adalah US$ 47,210 berbanding negara Malaysia, US$ 9,820 (sumber: worldbank).


PEMBANGUNAN EKONOMI

Pembangunan ekonomi meliputi skop yang luas. Hal ini menunjukkan bahawa ia bukan sahaja merujuk kepada peningkatan pendapatan negara dan pendapatan perkapita sahaja tetapi turut mengambil kira tentang perubahan struktur ekonomi. Hal ini jelas menunjukkan perbezaan bahawa pembangunan ekonomi mengambil berat tentang perubahan struktur ekonomi tetapi pertumbuhan ekonomi tidak. Perubahan struktur ekonomi ini merujuk kepada suatu bidang bertukar kepada bidang yang lain, contohnya pada pasca pertama kemerdekaan (1957-1970), negara banyak menumpukan kepada sektor pertama iaitu pertanian, pembalakan dan perlombongan berubah kepada sektor kedua iaitu pembuatan dan perkilangan. 

Hal ini tidak bermakna negara terus tidak memberi penekanan kepada sektor pertama, tetapi sektor kedua diberikan lebih penekanan kerana sektor ini mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pendapatan negara. Bermula pada tahun 1980, negara telah melaksanakan pelbagai dasar untuk meningkatkan bidang perindustrian  melalui dasar perindustrian negra, dasar perindustrian berat dan lain-lain.

Secara kesimpulannya, pembangunan ekonomi ini adalah satu usaha sesebuah negara untuk meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan perkapita melalui cara penambaihbaikan pengeluaran dan perkhidmatan setiap tahun seperti menambah modal, memperbanyakan infrastruktur, manggalakan kemasukan pelaburan asing, penambahan masyarakat berpengetahuan, masyarakat yang berketerampilan dan menggalakan pemindahan teknologi dan pelbagai industri.

Sunday 29 September 2013


NEGARA ini telah melalui proses pembentukan negara bangsa selama hampir 55 tahun walaupun prosesnya bermula berdekad lamanya. Asas pemikiran kesemua pemimpin adalah ke atas pendefinisian identiti nasional sebagai warga Malaysia. Yang mahu dicari adalah titik keseimbangan memberikan definisi kepada budaya bangsa dan kemunculan alam Melayu dengan pengaruh Hindu, Buddha, Cina, Aceh, Bugis serta kehadiran Islam. Alam negara dan pemimpin juga diikat dengan intervensi penjajahan yang cuba menggugat kedaulatan bangsa, membentuk negara-bangsa acuan mereka serta unsur kapitalisme yang mempengaruhi dasar kolonialisme ketika itu termasuk dasar 'pecah dan perintah' yang mentadbir-urus Persekutuan Tanah Melayu dengan pembahagian kepada tiga termasuk Negeri Bersekutu, Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. British tidak pernah membuat usaha mentadbir sebagai unit yang sama, malahan lebih tertarik dengan limpahan sumber tanah air. Ada juga yang menganggap Perlembagaan dirangka untuk melindungi kepentingan ekonomi dan pertahanan British. Ketika itu, ia turut mempengaruhi kedudukan Raja-Raja Melayu tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa persetujuan Raja-raja Melayu amat signifikan dalam membawa kemerdekaan kepada tanah air.

Penjajahan juga tidak membawa perubahan besar kepada masyarakatnya dan ia ketara ketika kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Jika diteliti; yang diperlukan oleh negara bangsa yang merdeka adalah pembentukan sebuah kerajaan yang ampuh, memahami persekitaran dan sejarah kedaulatannya.

Yang memudahkan kepimpinan waktu itu adalah perkongsian kuasa gabungan besar bercirikan kepelbagaian. Memandangkan kekuatannya adalah kepelbagaian, maka ia memberikan motivasi dan keazaman kepada kepimpinan tersebut untuk 'berkorban dan berkompromi' kerana asas kepada warisan kepimpinan adalah kepada 'demografi dan geografi' negara ini terutama faktor penghijrahan akibat pengaruh dagangan dan agama.

Yang ketara, asas pemikiran pembentukan Perlembagaan adalah untuk membina dan mengisi sebuah negara-bangsa, maka apakah bentuk yang perlu dibina dan apakah pengisian yang diperlukan?

Sudah pasti pembinaannya adalah berpaksikan kepada 'Kontrak Sosial': Agama, Bahasa, Institusi Raja-Raja Melayu, Kedudukan bumiputera dan kaum lain serta Kewarganegaraan. Ia selari dengan pendirian kepimpinan hari ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Hari Kebangsaan Ke-53 pada 31 Ogos 2010 bahawa - 'teras perpaduan kita haruslah bersifat mapan. Untuk itu, asas integrasi rakyat Malaysia perlu bersandarkan nilai-nilai yang dikongsi dan dipersetujui bersama oleh semua kaum sepertimana terkandung dalam ideologi kebangsaan yakni rukun negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai kontrak sosial nasional'.

Teras utama keluhuran Perlembagaan adalah melahirkan identiti bangsa. Kesinambungan yang wujud hari ini adalah berasaskan kepada pendirian kepimpinan yang mahu mencari titik keseimbangan dalam pentadbiran sebuah negara yang rencam dengan alam persekitaran dan kehidupan yang unik ini.

Dalam mengukuhkan kedudukan tadbir- urus apatah lagi dengan pemerintahan sendiri, formulanya adalah tanggungjawab bersama daripada lensa 'perkongsian' dan 'kepunyaan' dalam lingkaran politik yang terasnya adalah etnik. Asas pemikiran kepimpinan adalah untuk 'mengurus hubungan antara etnik' sebagaimana yang terbukti dari formula 4+1 di bawah Kontrak Sosial.

Pemimpin mengetepikan beberapa kepentingan etnik masing-masing; semangat perkongsian hidup sebagai satu keluarga besar; toleransi, hormat-menghormati; saling faham memahami. Kepelbagaian memberi kekuatan.

Prinsip asas negara tidak boleh dikompromi dan generasi baru perlu sedar kepentingannya. Ini kerana tanggungjawab kewarganegaraan adalah tanggungjawab bersama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Ia bukan Perlembagaan bukan orang Melayu dan ia juga bukan Perlembagaan untuk orang bukan Melayu; Perlembagaan Malaysia adalah untuk keseluruhan warga Malaysia yang bertanggungjawab ke atas tanah airnya.

Sewaktu pembentukan Perlembagaan, kita berhadapan dengan desakan luaran terutama penjajah dan desakan dalaman dari orang Melayu dan bukan Melayu tetapi akhirnya sumbangan untuk ketika itu yang juga membawa kepada penubuhan Malaysia dan penentangan komunis adalah Perlembagaan.

Keunikan politik gabungan membolehkan lahirnya Perlembagaan. Tanpa Kontrak Sosial, tidak mungkin wujud Perlembagaan dan tanpa ada Perlembagaan, Malaysia tidak akan mengecapi 55 tahun merdeka tahun ini. Kontrak Sosial adalah gambaran hubungan etnik, kemerdekaan, Perlembagaan dan pemerintahan sendiri.

Kepelbagaian etnik harus dilihat memberikan kekuatan dan bukan sebagai liabiliti. Perlembagaan pernah diuji pasca-peristiwa 13 Mei 1969; diuji mengenai resolusi konflik termasuk dilema ke atas formula yang dipersetujui sebelumnya.

Cabaran besar adalah krisis identiti dan pembentukan negara bangsa akibat desakan dan bangkangan dan tentangan dari dalam dan luar. Ekspektasi menggunung tinggi dan pemimpin baru ketika itu yang mahu melanggar arus kerana kurang yakin dengan politik akomodasi; membawa kepada politik komunalisme yang ketara pada 1969.

Di manakah 'politik perkauman' dalam konteks persekitaran politik hari ini; apakah selepas Mac 2008, masing-masing yakin bahawa kita sudah bergerak melangkaui politik perkauman atau ia semakin menjadi tebal dalam kalangan segelintir warganya?

Dalam berhadapan dengan krisis pengisian ke atas negara bangsa, kepimpinan masih meletakkan kepercayaan ke atas 'mengurus hubungan etnik' bersaratkan kepada nilai 'perkongsian' walaupun boleh memilih untuk bersifat homogenus dari keutamaan kepada masyarakat yang heterogenus. Legitimasi ini lahir dari Perlembagaan sendiri dan bukan dokumen lain walaupun kita turut akan menghubungkaitkan dengan Rukunegara, Wawasan 2020 dan dasar kerajaan yang lain.

Partisipasi politik dan pendemokrasian juga menjejaki fasa baru dalam persekitaran yang kompleks. Budaya menyanggahi kepimpinan ketika itu wujud secara halus dan kritikal.
Dalam alam yang penuh emosi dan kemarahan, kerajaan membuktikan kewibawaan dalam mengurus demografi dan geografi negara ini untuk menunjukkan bahawa masing-masing perlu bertanggungjawab ke atas persekitaran yang mereka huni. Kaedah untuk berhadapan dengan isu sensitif terutama sebagaimana yang sudah dipersetujui di bawah Formula Kemerdekaan; memperluaskan konsensus politik dengan penjenamaan 'kerajaan perpaduan nasional' diperkenalkan.

Memahami Perlembagaan dan Kontrak Sosial akan menggambarkan kekuatan dirinya untuk menjadi warga Malaysia yang setia, bangga dan mahu bersama dalam pertahankan hubungan etnik dan hak sebagai warga.

Siapa Warganegara? Apa hak warganegara? Jika merasakan ada 'kebebasan'/hak hari ini, persoalan dari mana datangnya 'kebebasan'/hak ini mesti dijawab. Hak mempunyai beberapa elemen termasuk peri-pentingnya hak asasi; kepentingan nilai manusia; pentingnya akal; hak pemilikan dan kesejahteraan; nilai warisan keturunan dan sistem persanakan yang terurus dengan baik; dan hak jati diri manusiawi.

Jangan disalahkan Perlembagaan jika memilih untuk melihat ia hanya dari satu belah kacamata tanpa mahu melihat keseluruhannya. Perkara 3 (Agama bagi Persekutuan); Perkara 152 (Bahasa kebangsaan); Perkara 153 (Perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu); Perkara 39 (Kuasa memerintah Persekutuan) dan Bahagian III (Kewarganegaraan) mesti diketahui secara menyeluruh dan bukan sekadar kiasan semata-mata.

Perlembagaan dan perpaduan juga bergantung kepada hubungan resiprokal penggubal, pelaksana dan kumpulan sasar jika mahu mantapkan kemuafakatan dalam kalangan ahli masyarakat.

Perkembangan kenegaraan telah menyebabkan ada yang terkehadapan dan ada masih terkebelakang. Namun, kepentingan 35 peratus di bawah garis kemiskinan perlu dijaga kebajikan akan tidak songsang dengan kehidupan berkualiti.

Indikator terbaik adalah tanggungjawab meringankan beban kelompok dari mana-mana etnik sekalipun dengan kemudahan asas dan keperluan seharian agar jiwa merdeka Malaysia tidak dicabut dari dirinya.

Titik peluh mereka juga menyumbang kepada kemerdekaan dan pengisian ke atas kemerdekaan serta pembinaan Perlembagaan. Perlembagaan turut memelihara hak mereka sebagaimana hak warga lain kerana Perlembagaan Malaysia adalah untuk keseluruhan rakyat Malaysia tanpa wujud Perlembagaan yang berbeza mengikut latar belakang etnik dan kelas masyarakat.

Ketika menyingsing 2020, nilai 'kepunyaan' dan 'perkongsian' akan mampu melahirkan bangsa Malaysia dengan pendefinisiannya merujuk kepada seorang yang bangga menjadi warga Malaysia, fasih berbahasa Melayu dan menjunjung ketertinggian Perlembagaan sebagaimana yang dikonseptualisasikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


© Utusan Melayu (M) Bhd 


OLEH : PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIANPusat Pengajian Sains KemasyarakatanUniversiti Sains Malaysia.



Thursday 15 November 2012

sistem berparlimen


Sistem berparlimen dan berpresiden merupakan satu sistem yang diamalkan di Negara-negara demokasi. Demokrasi berasal daripada perkataan yunani(greek) iaitu demos yang bermaksud rakyat dan kratos yang bermaksud kekuasaan (Muhammad Asrie, 2009). Rakyat dan kuasa mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu kuasa memilih kerajaan terletak di kuasa rakyat. Hal ini menunjjukan kuasa mutlak untuk menentukan kerajaan terletak di tangan rakyat. Demokrasi juga dikenali sebagai kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Demokrasi terbahagi kepada dua iaitu sistem berpresiden dan sistem berparlimen.

 Sistem berpresiden merujuk kepada Negara yang kebiasaanya dipimpin oleh seorang presiden sebagai ketua  atau ketua kerajaan di sesebuah negara seperti di Amerika Syarikat, Indonesia, Iran dan lain-lain. Presiden akan dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya bagi menentukan kerajaan yang akan memerintah negara mereka. presiden yang menang dalam pilihan raya akan membentuk sebuah kabinet untuk menjalankan tugas-tugas tdbir urus negara( badan eksekutif). Melalui sistem berpresiden juga, kita dapat lihat doktrin pegasingan kuasa yang bersih dan telus. Hal ini bermakna, tiga komponen utama (eksekutif, legislatif dan judisari) akan menjalankan tugas masing-masing tanpa mencampuri urusan kaitan antara ketiga-tiga badan ini. Sebagai contoh, perdana menteri iaitu ketua eksekutif akan menjalankan tugas dan mempunyai kuasa dalam urusan pentadbiran. Beliau tidak boleh mencampuri urusan dalam membuat dan menggubal perundangan. Proses membuat dan menggubal undang-undang dijalankan oleh kongres yang terdiri daripada dewan senat dan dewan perwakilan. Ahli dewan senat dan perwakilan juga dipilih melalui pilihan raya.

Manakala berparlimen pula kebiasaannya dipimpin oleh seorang perdana menteri sebagai ketua kerajaan. Kebanyakkan Negara sistem berparlimen juga mengamalkan sistem raja berperlembagaan dalam masa yang sama seperti di Malaysia dan United Kingdom.Kerajaan akan dibentuk setelah mana-mana parti yang memenangi kerusi 2/3 kerusi dalam dewan parlimen dalam pilihan raya. Perdana menteri akan dilantik diantara ahli-ahli dalam parlimen. kebiasaannya pengerusi parti akan dilantik sebagai perdana menteri seperti di Malaysia,  pengerusi parti barisan nasional iaitu parti yang memenangi dalam pilihan raya dilantik sebagai perdana menteri. Di negara ini, raja atau ratu negara mereka akan menjadi simbolik dan ketua negara. Sistem berparlimen pula, tidak mengamalkan doktrin pengasingan kuasa secara telus. Hal ini kerana, perdana menteri juga mempunyai kuasa dalam membuat dan menggubal undang-undang. Kabinet yang dibentuk yang terdiri daripada menteri menjalankan dua tugas dalam eksekutif dan perundangan. Dalam konteks mereka yang membuat undang-undang, mereka juga yang akan menjalankan undang-undang tersebut. Hal ini boleh menimbulkan konflik kerana mereka boleh membuat undang-undang yang berat sebelah atau undang-undang yang menyebelahi mereka. 



PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41 Salam Sejahtera. Tuan/Puan Setelah sekian lama meninggalkan blog. Kali ini saya kembali untuk ...